Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

Monday, November 15, 2010

BUAH BUAHAN

assalamualaikum.....

arini nk cite sket pasal buah...haaaa...buah???? sape2 yg pikir pelik 2 mmg hotak kuneng..hahahaha...saje jew nk ckp psl buah yg ak suke mkn....ak niy mmg suke mkn buah....mlm td lepas kemas brg2 yg bru wt balik dr umah sewa, tetiba lps mandi terasa lapow plak....mandi daa la kul 11...hahaha....okeh2, belek2 peti ade buah feveret ak...

nk cherita sket psl buah feberet ak niy yang diberi name penuh Prunus domestica ataw name kampungnye PLUM..hahaha...ak pown tadek sebab nape ak suke mam buah niy...selain sedap, pejal n manis yg xbpe nk masam, buah plum niy pown ade khasiat tersendirinye....antaranya:


Kurangkan berat badan

Memakan buah plum juga dikatakan mampu meningkatkan pengambilan khasiat buat tubuh, mengurangkan berat badan serta mengurangkan risiko peningkatan tekanan darah. Beberapa kajian yang dilakukan terhadap prun kering mendapat sejumlah kandungan polifenol yang tinggi dikatakan boleh mengembalikan jisim dan struktur tulang. Prun juga dikatakan sumber terbaik boron, yang dipercayai memainkan peranan dalam mencegah osteoporosis. ( ayat skema niy ak amek dr info diet okeh )..so, sape2 nk kurus boley laa mkn buah niy manyak2...khasiat yg lain...senang jekk...pi kt google cari sndiri..hahaha


EPAL HIJAU....
niy pown antara buah yg ak suke mkn jugak....sebabnya...masam..hehehe. Epal hijau pown ade gak kelebihannya...td pi google jap n jumpa laa info bernas niy....



Epal hijau boleh membantu mencegah:

* Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
* Mengurangkan risiko penyakit jantung.
* Membantu kesihatan membran paru-paru.
* Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
* Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
* Membantu mengekalkan berat badan.
* Mengurangkan tekanan penyakit asma.
* Mengurangkan risiko barah.
* Dengan menghidu epal dapat menenangkan fikiran.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman:

- Kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

- Epal elok dimakan tanpa kulit atau dimasak sedikit supaya tidak mengurangkan kandungan vitamin C dan serabut yang terdapat di dalamnya jika berhasrat untuk mendapatkan khasiat herba.

ok...so, sape2 yg ade mslh sembelit 2 boley pakai petua kt ats 2 yew???jgn malas2..xyah nk mkn pil chi kit tek aun tuh..hahahaha

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah:

- Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.


petua niy xkira laa bg pompuan n even laki pown boley pakai gak...lelaki pown harus ade muke yg chantekk..okeh???hahaha

NEXT is ANGGUR OR GRAPE....


  1. Kurangkan risiko serangan jantung. – Untuk pengetahuan anda, anggur mengandungi nitric oxide yang tinggi di mana ianya mengurangkan pembentukan gumpalan di dalam darah. Justeru ia akan mengurangkan berlakunya serangan jantung.
  2. Mengurangkan kolesterol tubuh – Anggur mengandungi bahan pterostilbene yang mempunyai kapasiti untuk mengurangkan kolesterol di dalam tubuh.
  3. Mengatasi masalah sembelit – Anggur juga mengandungi bahan organik asid, gula dan cellulose. Bahan-bahan ini akan membantu masalah penghadaman dan sembelit yang berlaku kepada pesakit.
  4. Buah pinggang yang sihat – Selain itu, anggur juga mengurangkan nilai keasidan pada uric acid di dalam tubuh. Ia juga membantu menyingkirkan asid-asid daripada sistem tubuh. Dan ini akan mengurangkan tekanan kerja kepada ginjal (buah pinggang).
  5. Kanser payu dara – Melalui kajian yang dijalankan ke atas tikus setelah mereka diberi makanan anggur, didapati anggur juga mengurangkan risiko penyakit kanser payu dara.
  6. Alzheimer Resveratrol, sejenis polyphenol, didapati menurunkan beta amyloid di dalam pesakit alzheimer. Anggur juga pada hakikatnya membantu kesihatan otak manusia.
  7. Mencegah jangkitan – Anggur mengandungi bahan antibakteria dan antivirus yang mampu mencegah jangkitan pelbagai jenis penyakit.
  8. Risiko kanser Flavonoids yang terkandung di dalam anggur bertindak sebagai antioksidan yang melawan kanser. Anthocyanins and proanthocyanidins yang ada di dalam anggur juga bertindak mengurangkan risiko pertumbuhan kanser.
makan anggur niy bagus ok?? ade banyak lg info yg best kt sangmentari.wordpress.com. Boley gak nk lawan breast cancer kn??skang niy daa bnyk kes 2 kn??

ok ...last one is MANGGIS...ak suke sangat makan manggis niy...sodapp woo....


Manggis merupakan buah yang mempunyai warna yang berbeza dari kebanyakan buah-buahan tempatan. Saiznya yang comel dan warna ungunya sangat unik hinggakan ianya digelar queen of fruits.
Buah manggis membantu menyejukkan badan malah amat baik dalam mengurangkan panas badan disebabkan pengambilan buah durian yang berlebihan. Buah manggis boleh dinikmati segar malah isinya juga turut diproses menjadi jem dan juga jus. Manggus juga mengandungi xanthone iaitu sejenis anti-oksidan yang membantu mengekalkan kesihatan sistem imunisasi tubuh.
Namun, anda harus berhati-hati kerana jika anda mengambilnya secara berlebihan, anda mungkin terdedah kepada risiko diserang sakit tekak.

ok...so sape2 yg makan buah manggis 2, tayah laa melampau sangat mkn yekk..nti suara jd cm ramli sarip plak..hahahaha

ok2 laa...tadek idea best laa nk update blog ariniy...sory laa yekkk kalo entry niy hagak buhsan...next entry i'll share somthing that quite interesting ukeyy??

tatatata