Thursday, December 22, 2011

happy birthday to him !

google
happy 24th birthday to my one and only Muhammad Haziq bin Ghazali. Semoga dirimu sentiasa panjang umur, murah rezeki, dirahmati Allah dan bahagia selalu di sampingku. 

p/s : i love u


Monday, December 19, 2011

lelaki tak berpendidikan setaraf boleh ke nak sara anak orang yang tengah belajar tinggi tinggi ni??

lelaki pendidikan setakat spm je tapi da ada kerja tetap and stabil dari segi kewangan. perempuan pulak still study tapi still tak tahulepas graduate nanti dapat kerja terus ke tak? or kene menganggur maybe 1 year ++

persoalan nya disini : kalau lelaki tu nak kat perempuan tu tapi dibantah atas sebab tak de pendidikan yang setaraf, lelaki jenis macam tu memang tak ada keupayaan ke nak menanggung anak dara orang ni?

relevan ke sebab macam tu sekarang ni? any ideas bloggers sekalian??

:)

Sunday, December 18, 2011

cube ingat balik, korang ada buat macam ni tak?? or ada yang lebih extrem??


note : tak boleh guna baju kurung.. nanti tak pasal pasal lengan jatuh terkulai layu di tasik madu.. haha

credit picture : fb persatuan study last minute

oh, terharu jap !

blog aku ada dalam blog list orang lain. sangat terharu oke? hehe.. aku buat blog ni sekadar untuk suka suka jek sebab aku memang suka menulis and bercerita.

aku bukan blogger hebat macam hanis zalikha or irine nadia. cuma seorang yang biasa biasa aja yang tak ada keistimewaan pon. tapi bila aku tengok blog cik adik aida azryn ni, tetiba aku nampak nama blog aku kt dalam blog list dia. wahhh, terharu nya.. terima kasih sebab sudi baca blog saya yang tak berinformasi langsung ni.

aku bukan artis or selebriti hot yang sampai nak tulis mende ni bagai. nanti ada pulak yang cakap orang lain punye blog pon ada jugak dalam blog list si aida ni tapi tak kecoh pon. ok, tu maybe kata kata orang but bagi aku, it's an appreciation. thanks again dear. =)

ok, tata.. get ready for maghrib prayer.

beware of gasctric. its painful !

hari ni aku tak pergi kelas sebab aku kene gastrik malam tadi. yang teruk malam tadi la. ekceli petang tu aku da rasa lain macam da perut tapi aku buat dek je dulu. then lepas maghrib semalam, perut da sakit mencucuk cucuk, sakit yang teramat sangat. malam tadi je aku muntah banyak kali. then, my rumate bawak aku gi klinik. sampai sana da ada 2 3 orang da. aku punye que yang ke 4.

sorang sorang masuk jumpe doktor laaaaaaaaaaaaaaama sangat. dekat klinik tu je aku muntah 3 kali. punye la perit tekak ni toksah cakap laa.. since aku juz makan roti sekeping and megi, after that aku memang tak makan pape da, aku muntah tu keluar air je. sakit sangat perut aku ni duk tahan ke muntah tu. memang sampai ke pagi tadi la aku tak makan pape. rumate aku buat air milo pon aku muntah balik. skali ngan ubat tu keluar balik semua.

kelmarin tu kan aku ada cakap aku gi makan piza kt tepi pantai, so, angin pantai pon banyak la dalam badan. semalam pulak tak makan nasi, aku punye sakit gastrik kali ni memang sakit sangat sebab terlampau banyak angin dalam badan yang memang da sedia ada angin ni.

aku kene inject skali sebab nak reduce pain. sebab memang aku tak tahan sangat. selalu kalo aku minum ubat gastrik yang kaler putih tu, macam da ok sikit tapi yang semalam punye tak jadi pape pon. ekceli inject tu bukan menyembuhkan sakit tu, but it juz reduce your pain. balik umah semalam, member aku tolong urut kan betis and dada. kalau sakit perut, sila urut betis ye.

hari ni da ok sikit cume aku tak boleh nak gerak laju laju and pantas cam sebelum ni. jalan pon kene slow je. pndek kata nak buat apa kene perlahan la semua. nak sembahyang pon sakit bila nak tunduk. tapi sakit ni ni kan penghapus dosa dosa kecil. so , redha je la..

aku kene gastrik ni da lama. tahun 2009 lagi. tapi dalam 2 tahun aku sakit ni, bila aku kt rumah, aku cuma kene gastrik 3 kali jek. 2 kali masa esok nak raya tahun 2009 and 2010. and the other 1 tu bila tah.. tak ingat. bila kene time nak raya tu, mesti kene pukul 3 4 pagi.. kesian doktor. and the rest memang  aku kene time dekat u ni. biasa lah kan, kt u makan tak terurus, stree lagi and banyak faktor yang menyumbang pada gastrik ni.

apa apa pon, jaga kesihatan sendiri. jangan jadi macam aku ni. sekali da kene gastrik memang selalu akan kene lepas ni. sangat sakit OKE? tak tipu pon. ok bai.

Friday, December 16, 2011

badan aku punye la berangin buat aku sendawa macam monster !

aku ada masalah angin dalam badan ni sejak diploma lagi. precisely aku tak ingat la bila tapi seingat aku maybe masa aku part 3 or part 4 macam tu lah. sebab at that time, rumate aku memang banyak angin. and aku pon tak tahu macam mana aku pon boleh kene sekali. 

fortunately, aku punya angin ni bukan kentut.. kalo tak, mau nak nyorok dalam kain sendiri aja kan? setahu aku yang tak arif ni, angin dalam badan kita ni boleh keluar dengan cara kentut dan jugak sendawa. if i'm wrong, betul kan lah saya.. aku punya angin ni opkos laa sendawa kan? kalo tak tak ada la aku tulis title post aku macam tu. 

masa aku eksiden diploma dulu, nenek sedara aku urut pon dia sendawa sekali sebab dalam badan aku banyak angin. bila ada angin, kita tak boleh makan mende or makanan yang sejuk macam labu air, and masam masam macam tomyam ke, then tak boleh makan daun kesum, kacang panjang or makanan yang menjalar ni, air teh, pulut and banyak lagi la termasuk lah ais. aku ni pulak makanan yang tak boleh makan tu la aku duk hadap sangat. labu air tu feveret aku tu.. so, memang tiap tiap hari aku akan sendawa. sekarang ni pulak, rumate aku pon sama macam aku. banyak angin jugak. so, kitorang memang selalu la sendawa together gether.. 

bila kt kelas, kadang kadang aku control jugak time nak sendawa tapi bila control tu lah yang jadi sakit perut sebab angin tak lepas nak keluar banyak banyak. tapi bila kt rumah, amek kaw. sendawa dah macam monster. serius aku tak tipu. kalau orang tak tahu aku ni permpuan mesti bila dengar aku sendawa dorang akan ingat budak jantan yang sendawa. 

tadi my housemates and I semua pergi makan 3 pan regular pizza(pizza hut ada promosi sekarang. 3 regular pizza for only RM40 but only up to 11pm tonight but dun worry the 2nd coupon is on 19-20 december up to 11pm too plus 3 mushroom soup with the same price but you have to show the coupon) dekat pantai yang angin dia sampai boleh masuk dalam baju and seluar semua and sampai buat tudung kau belipat lipat and sapa yang pergi pantai pakai kain batik memang sure boleh terlondeh punye. tu hah ! punya la nak bagi gambaran angin kuat kan? bila duduk kt pantai, lagi laa.. balik rumah abih semua angin pantai keluar. mula lah aku sendawa tak berenti even tengah type this post pon aku still sendawa dengan maha dasyat nya ! 

penat la sendawa ni. kalau nak tahan tahan, baik tak payah la.. bila keluar angin yang macam monster punye sendawa tuw, lega nya ya rabbi ! tuhan je yang tahu.. nak sendawa tu sendawa jek. nati tak pasal pasal masuk toilet tadah bontot sampai begegar air duk kentut.. haha.. ok, aku sekadar cakap BUKAN DARI PENGALAMAN AKU. BUKAN OK? 

ada sapa sapa tahu macam mana nak kurangkan angin selain dari minum eno halia yang sangat tak sedap tuw? any ideas friends? 


sory, gambar ambik dari dalam kereta
 akibat angin kuat dan ombak besar di pantai dungun


Wednesday, December 14, 2011

tuan rumah sewa aku ni kadang kadang sooo annoying

aku balik kelas tadi pukul 12.30. at that time tuan umah sewa aku ngan segerombolan anak dia da ada kt rumah sewa aku sekarang ni yang dulu nya umah dia. sekarang ni da pukul 3 lebih da.. dia nak duduk sini sampai petang ke?? apa laa??

nampak tak title post aku tu?? tuan umah annoying kan?? memang pon. laki dia tu kadang kadang datang sini time kami semua pergi kelas sebab nak ambik barang la hape laa. suka hati kau je ek? memang la rumah ni kau yang punya tapi kan aku semua yang bayar sewa. at least hormat la sikit kitorang ni. kau datang sini nak ambil barang barang kau dalam stor tu ambik je la.. kitorang tak pernah hadap langsung..

dari pukul 12 kau semua datang sini tak kan tak siap siap lagi nak ambik barang kau semua dalam stor tu? bawak anak ramai ramai jangan laa suruh main dalam rumah ni.. cuba laa suruh angkut barang letak dalam kete and berambus cepat cepat. ni du kt luar bilik aku kau duk mencangkul hape tengahari buta ni??? bengang betol la..

memang tak la kalau nak kami semua layan kau.. keje masing masing banyak hokey (padahal keje ngapdet blog) cuba tengok jam tu. dah pukul 3.30 da kan. kalo dari tadi kau suruh kami kami ni tolong angkat barang barang kau sekali da lama da kau balik kn? tadi aku tengok bilik sembahyang besepahhh..

kau nak kemas ke lepas ni? memang tak la kan. sebab da datang hari tu pon balik macam tu je.. biskut biskut yang belepek atas lantai kami semua la yang kemas balik.

mood : marah nie.. Grrrrrrrr!!!

ada aje yang tak kena bila try makan kt tempat lain..

hai semua..assalamualaikum and gud night... ok, ekceli da pagi da pon kalo mengikut teori. okeh, ni nak cerita sikit. korang pernah tak pergi makan kt tempat yang korang tak penah pergi lagi or dalam ayat simple and mudah dan jelas lagi paham, makan dekat bukan tempat biasa.

aku sekarang belajar kt dungun and aku tak duduk hostel sebab semua budak degree tak boleh duduk hostel sebab kena bagi peluang kt budak diploma lah kononya.so, bila da duduk kt luar ni kan, memang i used to eat kt luar la.. sekarang ni da jarang sangat da masak kt umah sewa sebab tak sempat. balik kelas da penat, tahu nak tido aje. even a little bit jimat kalo masak sendiri, tp it takes time laa.. nak kene pootong ayam, potong sayur, masak tu, masak ni.. kalo makan kt kedai, oder je tru phone, bila siap akak kedai call then gi makan. see, network tu kene ada even dengan akak restoran waima warung sekalipun.

selalunya my hosmate and I memang selalu gi makan dekat warong kenanga yang dekat ngan rumah kitorang. kat situ lauk dia memang banyak, sedap and puas hati kalau makan. tapi kalo kau pergi after isya', lama la sikit kene tunggu nye. nak dijadikan cerita, bila da selalu sangat makan kat tempat sama, teringin laa jugak nak pergi try kt tempat lain. ekceli, da banyak kali jugak kitorang makan kt tempat lain, tapi most of the time memang kt situ laa aku selalu pergi nya.

malam semalam, nak pergi makan nasi lemak pak cik kete api tapi tutup la pulak. and kt situ ada satu restoran yang agak ramai jugak orang and ada big screen lagi kalau nak tengok tv. sempat la jugak aku tengok cerita nilapura yang tak best tuh semalam. aku punye oder mee goreng mamak and my rumate mee bandung. sumpah tak sedap. mee aku hangit and mee bandung pulak rasa and bau hanyir. HANYIR ok. aku rasa sesudu pon kembang tekak.

bila komen kt tauke tu, dia cakap nak buat yang lain but aku rasa dia just alter the previous one tu je sebab sekejap sangat da siap yang baru. tapi bau mee bandung tu still sama then kitorang decide nak bungkus that mee and bagi kt member yang laki. laki semua makan. tapi yang tak best nya, pagi td si member aku tu cakap yang dalam mee bandung tu ada lalat sekor. kesian la pulak bagi kt dorang kan. tapi nak buat macam mana..

bila makan kt tempat lain, at the end selalu aku cakap ngan rumate aku "kita memang tak boleh makan tempat lain selain warong kenanga tu". tadi makan kt restoran lain, balik satu rumah bau ikan kering, belacan, asap and sume2 laa bau kt kedai tu. sebab nya sume bawak balik bau dari kedai..

warong kenanga jugak yang paling best ..

Tuesday, December 13, 2011

final exam is on the way?? aku tak ready pon lagi nak final.. adehhh

assalamualaikum... hai semua... aku ada lagi seminggu je nak belajar then study week and then final exam. cakap pasal final exam je, aku ade satu simptom yang memang dari diploma dulu aku tak boleh nak buang.. aku mesti rasa sakit perut tiap tiap kali nak masuk exam hall.. bukan sakit perut nak berak ke ape, tapi sakit perut sebab too nervous. aku pon tak tahu kenapa boleh jadi macam tu tapi everytime nak final macam tu laa yang selalu jadi. 

tadi dah tengok exam punye schedule. my first paper is on 4th january.. next year okey? ( macam lambat lagi aje)and the rest paper tu aku ada gap 2 hari je. last paper tu la lucky sikit sebab gap 4 hari. for this sem, aku ada 5 paper yang masuk exam and the other 2 paper tu, 100% based on assessment. yang 2 paper tu biasalah BEL and ARAB. aku ambik arabic as my 3rd language. 

BEL tu sape sape student uitm memang tahu la kan.. some sort like english class laa.. but every sem main course dia lain lain laa.. BEL sem ni pasal interview. so through out the semester ni memang blaja pasal interview laa.. phone interview, face to face interview, macam  mana korang nak interview and sume la pasal interview.. last 3 week, sengsara aku tunggu phone call interview.. nak berak pon tak senang. nak tengok wayang pon phone kene pegang sbb miss tu memang akan call bila bila masa yg dia free and aku free la. but at the end, the 3rd week tu baru kene giliran aku.. before this, kalau nak tidur, nak makan, nak masak phone memang kene ada dlm poket aje.. tapi bila phone aku duk jauh tgh sedap sedap tido tu laaa mis call nye..

aku sebenarnya tak ready langsung lagi nak final ni.. bukan lama lagi tau.. tapi dengan keje yang melambak lambak, assignment lagi, group project, arabic drama, roleplay, tests, quizzes.. there's so many thing yang tak siap ! bila nak buat semua ni? entah lah.. asyik asyik entah la but at the end, bila due date sume keje siap.. cume hectic laa sikit.. memang tak tidur malam laa.. tapi walau macam mana banyak sekalipon keje aku, test aku, quiz aku, aku still online dengan jaya nya.. kenapa? da memang hobi.. haha

ok, da laa.. tu aje yang aku rasa nak cakap kt sini sekarang.. kalau ada story lain lagi nanti malam malam kang or esok or lusa or maybe next week aku story mory.. aku suka berblog but for this moment aku lagi suka jd silent reader kt blog orang lain.. nak tulis blog sendiri malas. idea tadak !

ok, bai.. esok ada test pagi.. gud luck for me =)


Saturday, December 10, 2011

aku nak merapu je malam ni.. so, takde title for this entry

esok hari ahad.. kalau kt terengganu hari ahad dah kerja, budak da kene pegi sekolah, student da kene pegi kuliah, lecturer da kene mengajar, kedai kek sweeden da bukak, nak bayar bil TM pon da boleh and semua laa.. pendek kata hari ahad semua da kene beroperasi.

aku sangat tak suka bila weekend aku kene kacau ngan modul and ceramah whatsoever sebab aku takde masa nak tidur lama, masa nak meronggeng, masa nak tengok cerita korea, running man.. sebab masa weekend je boleh nak buat semua tu kan? and aku akan rasa minggu ni paaaanjangggg sangat sebab time weekend pon kau kene pakai baju kurung, hari2 g kuliah pon pakai baju kurung..

bila kelas da stat macam biasa, kerja menimbun, esaiment bederet, mana nak test lagi, kuiz lagi.. by that time mula laa aku rasa stress.. jalan pun tak nak senyum aje.. (perlu ke mention?) makan pon banyak.. (tak stress pon aku makan banyak jugak)


ohh.. thursday.. i wish you can come faster this week

tu laa kau ! lama sangat tinggal.. sampai tak tahu nak buat apa..

buruk ! ye.. blog aku sekarang ni sangat buruk rupa nya.. dalam 3 bulan aku bersara temporarily ni, memang aku tak bukak langsung blog lama aku ni.. dah nama pon kau delete kan, kalau nak bukak kene undo delete laa balik.. bodoh ! 

sekarang ni bila aku rasa nak menulis balik, tangan kau ni gatal sesangat pegi tukar layout baru tapi tak reti.. sudah nya.. blog kelihatan sangat buruk rupa.. nak mengedit balik, it takes time.. nanti laaa.. sekarang ni aku tengah sibuk ya rabbi.. mana ada masa nak mengadap mende leceh macam ni even aku always ada masa untuk tidur . 

aku dah tak ingat macam mana nak bagi blog aku ni cantik beseri bak morning glory.. ada sapa2 yang rajin takk???

budak zaman sekarang super moden sampai nak mengeja pun dah tak pandai !

tadi aku duk godek godek facebook, tetiba jumpa satu print screen nie..


haa, amek kau.. super duper besar aku kasi.. kalau tak nampak buta..  budak budak zaman sekarang nie pelik sesangat aku tengok.. makin cangih, makin moden, makin nak kiamat dunia, bukan jadi lagi alim, lagi baik, lagi bijak lagi nak menambah pahala tapi makin tak reti nak mengeja.. aku pon tak reti nak baca.. nak kata terencat, macam zalim la pulak kan? tapi what else I can say? it sounds damn silly

restored balik blog lama

assalamualaikum...

hai semua yang tertunggu tungu aku (ada yang tunggu ke ) aku pun tak tahu kenapa aku restored balik blog lama aku ni.. maybe keinginan nak menulis tu da meluap luap mencurah ke ladang gandum hamek kau  (super hyperbola)

okey laa.. for this moment aku ada a few things nak share dengan korang semua.. apa dia tu, tunggu next entry.. 

aku tak pernah harap ada orang baca blog aku, tapi bila aku delete blog aku nie, rasa macam terharu pulak bila ramai yang tanya "ehh, kenapa blog dah tak ada??" at least ada juga yang sudi baca blog aku yang sangat tak berinformasi ni even hanya sekangkang kera.. ok, merepek !

Friday, August 26, 2011

rindu lah time nak balik raya kt jengka dulu !

assalamualaikum....

apa khabar anda2 semua? diharapkan sentiasa sihat sejahtera laa ye.. (feeling tulis surat zaman sekolah la ni ) di saat jari jemari aku yang tak bape nak runcing nie duk menekan2 keybod nie, kita daa pun masuk hari ke 26 puasa... lagi 4 hari lagi nak raya kan?? macam mane korang punye persiapan nak raya?? daa siap semua kah? atau still ade lagi yang teraba2 nak cari baju raya, kasut raya, beg raya dan segala macam lagi?? 

eceli, at this moment, aku nak cite pasai feeling2 nak balik raya 4 tahun lepas... time tu aku diploma kt jengka nun jauh teperosok dalam hutan kelapa sawitt tuu haaaa... kalo naik bas, memang tak sah kalo tak 7 8 jam... naik kematu celabonn.. tapi tu time naik BAS SRI JENGKA yang ade aircond tapi lagi sejuk n laju bas sekolah cik pin yang aku duk ulang alik time sekolah dulu.. tapi kalo tak silap aku mase aku 2nd year kt sana baru laa ade bas baru.. daa up sikit jadi JENGKA LINER.. ekon sume memang superb laa.. lagi sstu, 5 6 jam daa sampai negeri terchentaaa...

yang aku nak cite ni time balik nak raya... kalo deme2 sume nak tahu, most of the student kt jengka tu dimonopoli oleh orang kelantan.. aku ingat lagi masa aku part 1 dulu.. time tu nak anta rumate aku balik.. anta pon kt depan gate besaw tu je.. bas yang uitm catar untuk budak2 kelantan yang nak balik malam tu aje 8 buah.. tu bas yang under uitm.. bas luar, memang daa besusun laa.. budak2 tganu ni kalo tak silap 4 buah bas jekkk balik malam esoknye...

bile balik 2 hari nak raya naik bas, ramai2 jalan jauh2... aaaaammmaaaaaattttt laaa terasa feeling hepy tuw.. dalam bas plak duk pasang lagu raya... aishhh, seronak ! hahaha

tapi tu cite dulu kala laaa... seronok mat time tu.. tapi sekarang ni aku daa blaja kt dungun je... balik naik bas pon paling lame 1 jam stengah aje.. kalo tak balik naik bas pon balik sendiri.. tabest sangat laaaa... feeling takdakk



selamat meneruskan ramadhan dan selamat hari raya ! wink !!

aku rindu jengka wehhh !


.....SEKIAN.....

Friday, August 12, 2011

aku buat jugak 2 benda ni nanti !

assalamualaikum...

hari ni daa hari ke 12 kita puasa kan? masih ok lagi kah?? so far, aku tak dek masalah ngan perut aku yang slalu kene gastrik nie.. cuma one day before puasa 2 aku tekena gastrik.. kne inject pulak pi klinik kul 1 pg.. ok. dah, toksah nak melalut cakap itu ini bagai..

sebeno nye nak cite pasai 2 benda nie haaa... !! memang wt aku lapow laa.. haha

 sambal belimbing hitam

ni  nama nya sambal belimbing hitam.. ni sambal dari pahang punye.. hitam si sambal tu bukan sebarang hitam hokey? hitam pada rupa bukan hitam pada rasa.. hitam dia nie hitam menawan.. bg aku laa, sambal belimbing nie kalo makan ngan nasi panas2, rasa dia.. perghhhh !! terangkat ! sumpah sedap wa ckp luu.. lagi sedap dr chiken chop, lamb chop dan segala mala chop yg korang penah makan..

time aku duk melangut kt jengka 3 tahun dulu, tak penah pulak aku jumpa sambal nie.. sambal ni kalo kt area2 jerantut, lipis n raub memang femes ames laa.. aku mula taw ada sambal yg ropee macam ni bila tgk JJCM tapi merasa nya bila aku dpt dgree kt dungun nie.. housemate aku, mak die orang temerloh.. dia laa yg bawak nye sambal tu.. tp tu laa 1st time ever aku makan nyee.. lepaih tu daa tak merasa daa sebab leceh katanya nk buat.. si belimbing 2 kene rebus 8 jam sampai betukar kaler itam.. nanti aku nak balik kg mak, nak hamek jugak buah belimbing buluh nie.. akan ku buat jugee... ngehhhehehe



soto ayam

yang soto nie pulak, sejak sem lepas laa jd peberet aku.. baru makan 3 kali daa jadi peberet.. kakaka.. tapi dalam gamba nie bihun soto.. yang jd peberet aku tu nasi impit soto.. member aku tolong belikan time aku slalu pi umah dia lepak2 tengok nora elena.. ( umah kami takdok tibi )
da makan skali teruja pulak rasanya.. hoiii.. sedapp mat ! nasi impit soto tu kuah dia cair jek tapi aku gi modipied letak telur sebutir kasi pekat sket.. ade begedil skali pastu taruk sambal kicap pedas banyak2.. ishh.. teliur pulak rasanya.. haha

dua2 nie aku google cara nak buat dia senang ajekk.. so, lepas2 nie boley laa try... 


.....SEKIAN.....


Thursday, August 4, 2011

i'm officially 22 years old

assalamualaikum...

selamat malam semua.. 

khamis, 3 ogos 2011 aka 3 ramadhan..im officially 22 years old today.. syukur, alhamdulillah... daa 22 tahun aku di beri kesempatan untuk hidup di muka bumi Allah ini.. terima kasih ya allah kerana masih lagi bagi peluang untuk aku merasa damai di muka bumi ini and  thankyou jugak mostly for my parents yang daa lahirkan aku ke dunia ni.. tanpa kamu, siapalah aku  hari ini... 


TERIMA KASIH ALLAH
TERIMA KASIH IBU
TERIMA KASIH AYAH

semoga aku sentiasa dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan hidup sentiasa diberkati Allah SWT


happy birthday to me and happy fasting !

.....SEKIAN.....

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Al Mubarak

assalamualaikum...



selamat petang semua... sedar tak sedar hari nie kita da berada di penghujung bulan Syaaban dan few hours je lagi kita nak masuk bulan Ramadhan, penghulu segala bulan..

Saya nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al Mubarak untuk semua umat islam.. marilah kita sama sama mengimarahkan bulan yang penuh kemuliaan ini dengan apa saja ibadat dan perkara sunat yang dituntut oleh Allah..

Bulan ramadhan nie jugak bulan dimana apa sahaja kebaikan yang dilakukan diberi ganjaran yang berganda.. dan jangan lupa untuk menunaikan Solat Tarawih yang hanya ada dalam bulan ramadhan je..

Tunaikan lah ibadah puasa dengan ikhlas kerana puasa yang bukan untuk Allah adalah sia sia.. 


'jadilah hamba kepada Allah, jangan jadi hamba kepada bulan ramadhan sahaja'


.....SEKIAN.....

Tuesday, June 28, 2011

drama kt tv sekarang asyik2 adaptasi novel jekk

assalamualaikum...

selamat malam semua.. oye, kalau korang perasan la kan, sekarang nie daa banyak drama tv yang dr adaptasi novel kan? agaknye pengarah2 drama nie daa tadek idea kah?? mula2 trilogi cinta, pastu ombak rindu, nora elena and sekarang nie yang terbaru stanza cinta plak kn? jangan lepas nie menyusul bicara hati pulak.. haha.. cerita2 nie semua memang laa kalo da tayang kt tv aku pun tengok sebab nak taw tahap mana best nye kalau novel nie di drama kan.. but out of those cerita, nora elena jew laa yang aku layan.. ade SETH TAN laa katakan.. lelaki pujaan ramai termasuklah mak cik2 skali.. hah !

bagi aku la kan, tak salah kalau novel nie difilem or di drama kan but when it happens, kadang2 cerita2 nie macam hilang seri jekk.. opkos laa sebab banyak babak2 romantik dalam novel 2 tak boley nak buat sebab dorang yang bikin drama nie kene jaga jugak sensitiviti masyarakat kan? sebab semua orang tengok. kalau baca novel 2, lantak ler.. daa kau sorang jek yang baca kan?

tapi bagi aku, baca novel lagi best dari tengok cerita sebab macam ade skrin yang besar gedabak alam betol2 depan mata kita.. BAGI AKU LAA.. kadang2 terbayang yang watak dalam novel lagi hensem n cantik dari seth tan n nora elena 2 kan? hahaha

kalau drama dan filem, part yang sepatutnye best dalam novel cam agak kureng jekk.. tapi ape pun, bagus jugak incik2 director nie drama kan novel.. teruskan usaha murni anda supaya takde laa aku boring sangat cuti lama nie.. hahaha


entah2 lepas nie ada drama Bicara Hati pulak..


.....SEKIAN.....


Sunday, June 26, 2011

birthday memory kene create sendiri

assalamualaikum...

tomorrow is my only little sisters birthday.. dari zaman aku kecik lagi memang aku tak pernah nak celebrate birthday yang ade belon, reben rambu2 bagai tu.. sebab ayah aku bukan jenis yang suka nak sambut2 mende2 macam nie.. for him, a birthday is only a date yang membuatkan kita semakin banyak usia tapi iman dan pahala tak bertambah2 jugak..


tapi sejak2 aku daa besar nie, aku nak celebrate birthday adik2 aku.. kalau yang daa besar2 gedabak tu tak payah laa kan.. yang kecik2 sudeyy laa..ye laa, kalau dulu mungkin kami nie susah nak celebrate bagai nie kan but now aku nak every little kids especially adik adik aku ada their own sweet birthday memory..


bagi aku, sweet birthday memory nie bukan la bermakna kita kene celebrate kt hotel, ada patung upin ipin jadi maskot birthday girl/boy, kene pakai gaun ala2 barbie turun dari kayangan siap ngan batang plastic magic yang ade star and ada hadiah mahal mahal dan sebagainya tapi just a small event that can give them happiness..


happiness can be created.. it's just depend on how we create that.. lain orang lain cara mereka kan.. aku ada sorang nie jew adik perempuan.. walaupun dia jalan macam lelaki sebab yang atas2 dia sume lelaki, tapi hari nie dia tunjuk kt aku yang dia daa reti jalan macam budak perempuan lain..walaupun aku selalu marah dia sebab malas nak buat kerja sekolah and suka sangat buat2 sakit sebab tak nak pegi sekolah, tapi aku tetap sayang dia..


it's her birthday tomorrow.. so, happy birthday in advance to her.. maybe i'm a scary sister but i'm sweet.. kahkahkah


*note : adik aku tu baru darjah 2 tapi mulut macam orang tua.. dia agak matang dari usia tapi masih lagi mengekalkan ciri2 kebudakan bila hari2 mengadap wonderpets yang ntah pape tu. !

walaupun tiap2 hari kene marah sebab suka simpan stokin merata2, tapi tiap2 malam dia laa yang teman aku tidow sebab aku memang takut tidow sorang2 ! astaga

..... SEKIAN .....

Friday, June 24, 2011

akhirnya... semester break !! hoyehh !

assalamualaikum.....

selamat petang semua... finally aku da ada kt rumah pon.. baru je balik pagi tadi... aku punya perjalanan balik dari dungun tadi agak hectic sikit... tak pasal2 tayar motor bocor.. adessss... begegar2 motor.. but luckily ada jumpe bengkel.. tapi memandangkan aku bertolak dari sana pukul 7.30 and hari nie hari jumaat pulak... so banyak laa kedai yang tutup td.. bengkel yang aku pegi tu pon kene bagi salam 40x.. hahaha.. ok, tak nak cakap pasal 2 daa..


aku punye cuti sem nie lama laa jugak.. tapi tak lama cam orang lain laa sebab aku daa spent one month++ untuk short kos.. and alhamdulillah aku dah selamat pon habiskan paper shot kos semalam.. okehh.. nie for the first time aku punye cuti sem memang sampai ke raya teruss.. so, seronok laa jugak sebab tak payah nak perabihh duit kt u.. kuang3


ekceli dulu aku pernah cakap nak buat bisnes time2 cuti macam nie... so daa alang2 cuti lama macam nie.. ade laa peluang kan?? ye dok?? ye dok?? time cuti raya tahun lepas aku daa buat popia nestum tapi tak sempat nak wat banyak sebab tak cukup masa.. so cuti tahun nie boley sangat laa.. kalo nak tempah pon boley baa.. :) 


time2 cuti nie jugak laa aku boley luangkan masa nak blogwalking sebab daa lama sesangat daa aku tak jalan2 kt blog orang.. kalo ada pon kejap ajee... but now memang daa tak dakk ape halangan laaa.. boley ber blogwalking dengan jaya nya... and kepada blogger2 yang still lagi sudi jejak kaki kt sini.. aku nak ucap terima kasih banyak2.. dulu aku memang takde masa nak jalan2 kt blog korang tapi now insyaallah nanti aku balas balik kunjungan anda2 semua... :)

okeh bebeh... that's all for now... i'll come back later ( chewahh ! cam nak g mane jekk )
nahh.. nie untuk anda menjamu mata.. keh2
.....SEKIAN.....


Friday, June 17, 2011

alhamdulillah...

assalamualaikum...

daa lama benor rasenya aku tak update blog nie.. maklumlah, sekarang nie tengah sibuk wt shotkos... no time for it.. 

hari nie, sekadar nak berkongsi kegembiraan yang selama nie asyik terselindung dalam ketakutan.. haha.. ape ke hayatt laa nie?? 

ekceli, hari nie result exam daa keluar.. dekat student portal memang tak boley bukak langsung laa... at first, aku tak rasa pon nak tengok result nie sebab aku tersangat takut ngan paper MAF yang daa 2 kali aku hamekk. 2 kali hokeyy?? soalan hari tu pon aku tak tahu laa apa yang aku jawab..

at first, memang aku tak rasa nak tengok sebab aku takut effect kt shotkos punye exam.. kalo result ok tak pe laa kan? wt nye nanti KO, tak ke haruu??

but, alhamdulillah, aku lulus dengan baik... pointer pon naik dari sem lepas.. aku syukur sangat2 bila paper yang 2 kali hamek nie finally lepas jugak.. tak dek nak cakap ape daa... :)

aku punye result 2 ekceli tengok kt email.. i got the email at 1.57a.m.. mula memang tak nak tengok tapi kalo tengok hari lain pon, there's no more changes on the result.. kn?

but, whatever it is, aku sangat bersyukur, alhamdulillah, segala penat lelah aku berbayar.. 



gud night ladies and gents...


....SEKIAN.....




Friday, June 3, 2011

a little peanuts for my bff

assalamualaikum...

some people they always think that they are always right.. they simply put the blame on someone.. without realized that 'that someone' always hurt because of them before..

to her...
babe i dont want you to be hurt anymore.. just let bygone be bygone.. you just have to start the new beautiful life with your family and other people that love you more. just let him be.. show to them that you can have a better life outside waiting for you..

whenever you need me, i'll always be with you.. Insyaallah.. remember what i've said to you.. all of this damn pain that you've go through today, there will always be a beautiful sun that will cheer your day tomorrow.. and i think that i can be one of the sun.. ( haha.. juz kidding raa )

ingat ye my dear... you might not perfect but you have to prove that you are better that yesterday and gonna be better than tomorrow.. Insyaallah

tenangkan hati kau, banyak kan doa... insyaallah akan ada yang baik untuk kau...



TUHAN ITU MAHA ADIL

.....SEKIAN.....


Wednesday, May 25, 2011

is it better to delete?

assalamualaikum...

a month already.. i have no more idea to update this blog.. before this, i used to write anything here but now i really2 dont have the idea.. 

actually, there's a lot to be told about but just let it be... it's better for me to keep it to myself.. currently, i'm having a short sem for 2 courses that i haven't take yet last semester..

ohh, about this blog... should i just delete it? now, it is better to be a silent reader.. i just dont have the time to update my blog but i still have time to read others...


.....SEKIAN.....

Friday, April 22, 2011

ceritera exam

assalamualaikum...

hye, selamat petang... daa lama aku tak update blog aku nie.. bile aku tengok bloglist member aku, blog nie paling bawah skali.. sekarang nie musim final exam.. semua orang tengah sibuk nak study untuk exam masing masing.. aku pon tak terkecuali la kan.. kalo tak study, tak dapet laa nak nolong time final nanti..

1st paper aku hari rabu depan, 27 April. paper law.. alhamdulillah, aku dapat carrymark yang setimpal dengan usaha aku selama nie..cuma sekarang nie kene study lebih sket untuk dapat A+(maybe). aku nekad yang sem nie aku nak buat yang terbaik untuk semua paper aku.. InsyaAllah.


post kali nie, aku nak kongsikan beberapa common tips untuk menghadapi peperiksaan. aku bukan lah student yang dapat 4.00 every sem tapi sekadar untuk berkongsi tips, tak salah kan...


baiki hubungan dengan Allah
hubungan kita dengan Allah adalah paling penting. jangan pernah tinggal solat 5 waktu dan banyak kan doa pada Allah supaya permudahkan segala urusan kita dalam exam hall dan beri ketenangan semasa jawab exam. jangan lupa juga buat solat hajat dan mohon ampun dengan Allah. aku pun kadang kadang leka dengan urusan ketuhanan. selalunya time nak final nie jew sibuk buat sembahyang hajat dan sebagainya. ( sangat tak patut )


jangan hafal di saat akhir
daa name pon paper law kan, so banyak benda yang perlu tahu dan ingat.. kadang kadang untuk paper yang semacam nie kita selalu tengok situasi sebelum masuk exam hall tu, masing masing still bukak buku, notes and whatsoever kan? aku sendiri pon slalu buat macam nie tapi perkara nie PERLU dielakkan sebab mungkin apa yang kita da ingat sebelum nie boleh hilang sekelip mata je. tak ke cuak nanti?


perlu waktu rehat yang secukupnya
kadang kadang as a student, memang tak dinafikan kita ada banyak kerja, projek, test dan sebagainya. lebih2 lagi time last week belajar. sebab masa tu la semua last test, last quiz, last project and segala macam last datang at the same time. time study week pulak, normally ramai yang stay up sampai ke pagi. ekceli, mende2 tu tak bagus sebab boleh buat badan kita penat. bahaya kalo stay up and esoknye ada exam. bila badan kita penat sebab tak cukup tidur, akal tak boleh nak stimulate dengan baik apa yang ada dalam otak. nak jawapan lain, jawapan lain yang keluar. sudah. da kucar kacir jadinye. so from now on, tidur awal dan bangun tengah malam atau lepas subuh sebab time tu adalah time yang paling baik untuk study.


jaga pemakanan
bagi seorang pelajar, pemakanan harian sangat penting. makanan adalah faktor utama yang menyumbang pada kerajinan atau pun kemalasan seseorang. selain tu juga, penjagaan makanan bukan nya dari segi makanan berkhasiat je tapi jugak halal haram makanan tu. aku nie selalu je skip breakfast tapi sebenarnya breakfast tu penting untuk tubuh kita.


elak kan tekanan perasaan
selalunya, time2 final nie memang ramai yang tension kan. sepatutnya, kita kene bijak kawal emosi supaya benda benda nie semua tak jejaskan pembelajaran. so, jangan libatkan diri korang dengan perkara2 negatif samada gaduh dengan member, pakwe dan sebagainya. mak aku selalu pesan, kalo kita ada masalah, ambil wuduk, sembahyang hajat dan mengaji. Insyaallah hati kita akan tenang lepas tu.


minta restu dari ibu dan bapa
restu dan doa dari ibu bapa sangat makbul. jagalah hubungan kita dengan mereka. minta supaya mak dan ayah kita doakan kejayaan kita.


jauhi maksiat
last but not least, aku tak pesan untuk orang lain. tapi aku pesan untuk diri sendiri. maksiat dan dosa besar mungkin menjadi penghalang untuk kita mencapai kejayaan dalam peperiksaan. 


Ya Allah.. aku mohon kepadamu supaya ditenangkan hati, dilapangkan fikiran untuk menjawab peperiksaan. Permudahkan lah segala urusan kami Ya Allah. Amin.



lecturer aku dulu selalu pesan, kalo tetibe blank time jawab exam, baca surah Al Insyirah. Insyaallah, apa yang kita tak dapat tu akan kembali.

kalau kita yakin dengan segala usaha kita, Insyaallah semua akan berjalan lancar.


.....SEKIAN.....

Monday, April 4, 2011

Selesai daa satu perkara

assalamualaikum....

hye korang2 sume... aku sesaje ambil kesempatan dikala waktu yang sangat tidak menyempat2 untuk sume mende nie untuk ngapdate my blog nie.. 

alhamdulillah, all the work, test, assignment, presentation, quiz and so on for IBM 530 is done ! haaa.. betol.. daa tak dek ape da nak buat untuk this subject.. just we have to prepare for incoming final exam jew.

today, we had very well presentation. Its all about Palestine issues and the conflict with israael.. As far as i go through this presentation, now i know what exactly happened in Palestine.. 

Siap ngan video lagi taw? jangan memain.. kaki aku tegedik2 jek ikut rentak lagu Maher Zain tadi.. agagaga... honestly, I'm so proud with my group members.. tasya, erra, asma and along.. they have put lots of effort to complete the report, slide and whatsoever.. I'm proud with my self 2.. haha ( tetibe plak kau )

thank you my friends.. :) so, now.. tak payah nak buang masa lelebih daa.. presentation tax as well as test law is on da way...... besok daaa ! haishh.. hade gak aku tak tidow nihh.. adehh !



Gud luck to all my clasmate tomorrow.. Do the best for test hokay??



.....SEKIAN.....

Sunday, April 3, 2011

TO DO LIST

assalamualaikum....

kita bersua kembali setelah perut aku di isi.. hahaha.. malam nie menu dinner ( wah, tak tahan dinner.. haha ) aku is bubur ayam.. so sedap and hawt okehh.. made by my housemate.. lately, daa jarang makan kat luar.. penjimatan is in the progress.. maklumlerr.. daa ujung2 sem nie purse tak tebal cam selalu daa.. ahaha.. kau, ape tahu?? kalo nak makan kt luar pon, juz beli air batu cendol+pulut+jagung+beans jekk.. jimat.. baru RM1.50.. haha

okeh, back to the story.. tanak cakap pape.. nak suh tengok bawah nie haa.. start from.. now !

3/4/11 -  : elaboration for tomorrow's IBM presentation ( not yet done ! after this laa )
              
4/4/11 -  ( means, tomorrow ) presentation IBM - Palestine issues

5/4/11  : test LAW on meeting and shares, PRESENTATION TAX 490 ( kalo ade )

6/4/11  : ARABIC presentation, FAR 400 quiz on provision and errors

7/4/11  : PRESENTATION TAX 490 ( in case tuesday tak jadi )

8/4/11  : TEST ARABIC (oh, tak boley balik..! tidak ! )

yang tak temasuk dalam list.. manyak jugak nie..

report AIS.. kene submit last day punye kelas before exam

project FAR, baru dapat hari nie.. tak taw lagi bila nak buat.

ARABIC DRAMA tak buat hape pon lagi.. kene submit time before final tu laa..
TEST MAF pulak last day kelas

TEST FAR tak taw lagi bila.

camni haa ! punye laa manyak keje koi .. adehh
 

lagi hape yepp?? ntah.. so far tu jew yang aku rasa kot.. lain lain tak dek daa... haishh.. camnor nihh? semput2 jekk nak siapkan sume nihh.. makk aihh.

aku daa dapat daa jadual final exam.. memang terbaek lah !

.....SEKIAN.....

oh, i heart him !

assalamualaikum...

hai semua.. apa khabar?? daa lame aku menyepi.. well, takdek laa lame mane pon tapi lame laa jugak kan? maklumler.. sekarang nie bizi hokehh?? test, quizes, esaiment.. sume datang tak menyempat langsung.. tak sempat aku nak bepoye2.. muahaha.. 

hah? kau ! tetibe heart him? ade pakwe lahen kah?? oh.. tidak.. haha.. ekceli aku tetibe jatuh chenta ngan si Ian Somerhalder a.k.a Damon Salvatore nie?? sape tak kenal?? pi terjun longkang cepat2.. hahaha

lately nie aku da mula berjinak2 dengan TV series Vampire Diaries.. cite die.. sumpah best.. haha.. aku baru jew tengok up to season 2.. punye laa kusyuk nengok cite nie tak sedor sampai pukul 6 pagi.. mula laa tetido dalam kelas.. haha... tapi, sekarang nie tak taw daa sampai ke season bape..

aku rase aku jew yg lampi pasal si Damon nie... tak taw laa plak die nie ramai fans.. even die nie jahat dlm vampire diaries, tapi aku suke jugak.. 

Sebelum nie aku tak minat sangat cite2 cenggini.. Twilight pon tak bape nak layan sebab sume tak hensem.. haha.. yang hensem dalam Twilight si Jacob 2 jekk.. but in the hotter vamp category,  Ian a.k.a damon wins. The end. haha.. both of damon and stefan are convincing actors, but bg aku, Ian is more attractive + hensem.. 

satu yang aku prasan, die nie pandai betol ngayat perempuan... sume cahir kott...  haha.. okeh.. itu aje.. sekian 


he's so gentle laa...

 a handsome vampire :)

 nie si stefan.. die nie boley tahan laa semat jugak. nyiahaha



 
 
i dont need the reason to heart him.. haha

.....SEKIAN.....



Saturday, March 26, 2011

to him..

assalamualaikum...

aku tak nak bepantun ke cakap bebelit2 bunga bagai.. kasik terang dan jelas gitu..

kepada encik k...

first of all.. terima kasih atas segala jasa baik dan pengorbanan awak pada saya selama kita kenal lebey kurang bebulan2 yang xsampai setahun nie.. saya tahu, tindakan saya sekarang nie memang tak patut.. kejam, sarcastic, egois, ntah pape, jahat, or whatever you named it.. saya ada sebab yang tersendiri.. dan saya rasa lagi selesa bila macam nie.. macam mula2 kita kenal dulu..

selama beberapa moment yang kita pernah rapat nie, saya sangat berterima kasih pada awak.. mungkin selama nie awak tersilap menilai saya.. saya tak kisah ape pon pandangan awak pada saya lepas nie...

saya malas nak pikir tentang semua nie lagi.. kita tak ade banyak masa lagi untuk final exam.. tumpukan perhatian pada yang tu.. bukan pada hal yang boleh rosak kan hati, akal dan fikiran kita.. 

mungkin semua yang berlaku nie melukakan hati awak.. saya mintak maaf atas segalanya.. awak ada insan yang lebih baik dari saya.. mintak maaf jugak sebab daa rosak kan barang kesayangan awak.. and, terima kasih sebab sudi bagi pinjam CD.. i'll give it back to u maybe next after tomorrow.

mungkin nie agak kasar bagi awak. tapi because of this stupid love, kita jadi macam nie.. berkawan da renggang, berkasih tak mungkin sekali. i knew it wouldn't be like this kalo saya tak mulakan. I'M SORRY.. please forgive me for whatever i've done to you. i dont have the strength to talk to you.


.....SEKIAN.....


this entry bukan untuk my incik hubby

budak dua owang nie memang senget tapi aku rindu giler kt dorang !

assalamualaikum...

selamat hari sabtu !

nie budak2 senget yang aku tengah rindu sekarang.. yang tudung purple 2 name die cik azy ilang tembam and yang sowang lagi tu plak, cik rara yang baru nak tembam.. haha.. korang jangan nak marah2 ek? nanti aku sekeh pale sekor2.. haha


nie aku cilok kt fb si azy nie.. tayah nak mintak pemission pon.. katanya denied.. haha

to azy and rara... 

aku windu giler kt korang.. kalo jumpe nanti aku nak peluk sowang2 sampai lemas.. then campak jew kt lauk sebab dekat.. haha.. non hado laa.. jumpe nati bagi kiss dulu.. muahh2 cucup kan??

rara, aku daa tak boley wat tart telur sekarang.. mak aku punye oven tebako!! tapi kalo wat mende lain yang tak payah nak bako2 nie terror lagi.. hhahaha

azy, kalo ko datang sini, aku nak ajar ko makan banyak. tak nak bagi ko makan seket2 cam dulu daa... korang datang laa sini.. duduk umah sewa aku.. petang2 kita g lepak kt pantai..jom laa2...


tetibe tacing jap..


.....SEKIAN.....


entry nie bukan tuk orang lain..
tapi tuk budak kecik yang baru nak tembam cam due owang nie..
aku tengah tak dek keje time nie..
sape nak baca sila...
sape tak nak baca shuhh2..

Friday, March 25, 2011

asal aku baca novel jek, hero mesti hensem tahap gaban punye !

assalamualaikum....

hye korang... selamat malam sume? daa dinner kah?? aku? mesti laa dah... ngan housemate terchenta laa... lauk tadi ade lagi, so kitorang panaskan je, then, aku pi goreng sayur kaw2 punye pedas sampai meleleh2 air liur idung, pastu, telur dadar+black peper.. bukan main lagik kami semangat abeskan nasi dalam periuk.. nanti membazir pulak kan?

okeh, back to the title.. kemain lagik nak panjang kan? haha.. sekarang nie aku tengah duk giler ngan perangai lame aku.. entah dari mane laa datang nye semangat nak baca novel tebal2 tuh.. incik hubby slalu cakap, kalo baca novel kemain lagi.. makan pon tak hengat tapi kalo suh study, heh ! asek lapor jekk.. kakaka

korang korang pon mesti suke baca novel kan? si penulis novel tu pulak kemain lagi dorang bg aku imagine hero dalam novel tuh memang tahap gaban punye hensem.. kan?? kerja pulak bukan calang2.. doktor, pilot, engineer.. makk aihh ! memang padan ngan hensem maut.. haha

bila aku baca novel, aku punye imagine.. si hero nie memang semat, hensem kacak bagai dari sume laki yang ade kt malaysia nie.. kakaka.. kadang kadang bila aku baca novel aku bayangkan yg si hero tu hensem camni
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


haish.. cahir haku...

haa.. pastu kan name dorang dorang nie sume tak nak kalah langsung.. haha.. suke benor aku.. sume name yang sedap2 ajekk nak sebut.. hehe.. itu aje yang aku nak merapu.. sejak due menjak nie aku asyek nak senyum jek.. bace novel punye pasal.. kah3



.....SEKIAN.....

mangkuk punye perempuan !

assalamualaikum...

ekceli mende nie daa kecoh semalam lagi.. tapi baru hari nie aku tengok video pasal tu. bukan nak cakap ape laa.. tapi bodoh punye perempuan.. kalo fail SPM skali pun, tak payah laa sampai nak bunuh diri. menyusahkan masyarakat. memang laa frust bile fail kan tapi ade bnyak lagi peluang lain. cume kita kene cari laa..

memang laa kita yang tak duk tempat die nie tak rasa camane kecewa yang die rasa tapi as a muslim, tak payah laa nak wt keje bodoh lagi bangang camtu.. ingat bunuh diri nie boley selesai masalah ke? lagi banyak masalah ade laa kn? 

nanti family si budak perempuan nie jugak yang malu.. nasib baik time die jatuh tu ramai orang sambut die.. lain kali kalo daa desperate sangat nak bunuh diri, pegi terjun kolam renang sudah.. tak dek laa susah sangat orang nak cari nanti.. alih2 kt dasar jugak kan? kalo terjun kt laut susah plak sebab luas sangat.. tak sempat cari lagi daa kene makan ngan ikan je nanti.. kalo terjun bangunan, tak ke haru? bekecai sana sini.. ingat sempurna kew time nak kapan? alih2 daa jadi hantu nanti suruh owang cari jari kau yang ilang laa hape laa... kan ke susah tu? ade kau pikir sume tu?




kalo frust sangat, pi amek wudhuk, sembahyang, ngaji banyak2.. tenang laa nanti.. buat perkara bodoh camtu sampai bile pon tak tenang...


dunia sekarang nie macam macam hal !


.....SEKIAN.....


*ekceli si budak 2 jatuh atas tilam..